ABOUT US
Your Metal Works Specialist
FINE HI-TECH METAL SDN. BHD.
PENGENALAN SYARIKAT
Fine Hi-Tech Metal Sdn Bhd dibangunkan oleh seorang anak muda yang mempunyai semangat dan keyakinan untuk memajukan diri dan menaikkan nama belia yang mampu standing dengan belia lain di dalam masyarakat luar. Berbekalkan ilmu dan pengetahuan bidang Kejuruteraan Awam, kepakaran dalam ehwal Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan dan juga modal beliau menubuhkan syarikat ini, beliau yakin syarikat ini mampu berkembang dengan baik.
Syarikat ini bermula dengan syarikat enterprise yang menjalankan kerja-kerja binaan secara kecil-kecilan dan juga kerja-kerja syarikat pembinaan swasta yang lain.
Fine Hi-Tech Metal pada 10 Jun 2010 kemudiannya didaftarkan sebagai syarikat sendirian berhad, Fine Hi-Tech Metal Sdn Bhd.
Pada tahun 2018, Fine Hi-Tech Metal Sdn Bhd yang berdaftar sebagai syarikat kontraktor kelas G3 menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan awam. Syarikat ini juga menjalankan kerja-kerja membekal dan memasang peralatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Syarikat ini juga menjalankan kerja-kerja latihan dan khidmat nasihat keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada syarikat-syarikat swasta dan juga jabatan-jabatan kerajaan.
Syarikat ini berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan juga dengan CIDB Malaysia.
Dengan prinsip ‘Pengetahuan Berasaskan Teknologi dan mengekalkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan’ kami percaya mampu menjadi lebih berjaya dan terus berkembang dalam bidang ini dengan adanya para pekerja yang mahir dan komited.
Kenapa Pilih Kami?
Tenaga kerja
Tenaga kerja mahir dan komited
Berdaftar
Berdaftar dengan Kementerian Kewangan & CIDB Malaysia
Keselamatan, kualiti dan kepercayaan
Fokus kepada keselamatan, kualiti dan kepercayaan