HOME
Your Metal Works Specialist
FINE HI-TECH METAL SDN. BHD.
Fine Hi-Tech Metal Sdn. Bhd.
Fine Hi-Tech Metal ditubuhkan pada 10 Jun 2010 kemudiannya didaftarkan sebagai syarikat sendirian berhad, Fine Hi-Tech Metal Sdn Bhd.
Pada tahun 2018, Fine Hi-Tech Metal Sdn Bhd yang berdaftar sebagai syarikat kontraktor kelas G3 menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan awam. Syarikat ini juga menjalankan kerja-kerja membekal dan memasang peralatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Syarikat ini juga menjalankan kerja-kerja latihan dan khidmat nasihat keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada syarikat-syarikat swasta dan juga jabatan-jabatan kerajaan.
Syarikat ini berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan juga dengan CIDB Malaysia.
Dengan prinsip ‘Pengetahuan Berasaskan Teknologi dan mengekalkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan’ kami percaya mampu menjadi lebih berjaya dan terus berkembang dalam bidang ini dengan adanya para pekerja yang mahir dan komited.
OBJEKTIF SYARIKAT
Fine Hi-Tech Metal Sdn Bhd beriltizam untuk menjadi diantara syarikat binaan dan khidmat pengurusan yang maju di Malaysia dengan memberi khidmat terbaik tanpa sebarang risiko dan bahaya keselamatan terhadap pekerja, orang awam dan alam sekitar. Syarikat ini juga berazam untuk membuka peluang pekerjaan dan melahirkan tenaga-tenaga mahir di Malaysia.
VISI SYARIKAT
Menjadi organisasi peneraju utama bagi pembangunan, perkhidmatan serta melahirkan pekerja-pekerja mahir dalam mencapai kecemerlangan budaya kerja yang unggul.
MISI SYARIKAT
Mewujudkan dan mengekalkan kecemerlangan organisasi dengan membuka peluang pekerjaan dan menyediakan peluang perniagaan kepada usahawan serta sub-kontraktor lain.